MY PRINCES

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

31 Januari 2012

INFO KETIAK :p


Dari bancian ke atas 10 ribu pasangan yang berkahwin (sumber kajian MOHEMA -) hanya kira-kira 45% sahaja isteri yang tidur berbantalkan lengan suami selepas 3 tahun berkahwin. Dan hanya tinggal 21.7% sahaja isteri yang masih tidur berbantalkan lengan suami selepas 10 tahun usia perkahwinan.


Tahukah kaum isteri, bahawa hormon bau phero yang di rembes dari ketiak lelaki/suami boleh mengaktifkan hormon wanita/isteri hingga mereka merasa damai dan tenang. Sebenarnya hampir 65% bau badan lelaki/suami datang dari celahan ketiak dimana kelenjar phero paling aktif.



( ayat kat atas tu telah Liza copy paste dari blog lain)


Bagi Liza lah kan,memang Liza setuju 100%..tempat yang paling tenang,nyaman & damai utk melelapkan mata adalah di bawah ketiak suami.Selain boleh eratkan lagi hubungan suami isteri..tidur b'bantalkan lengan suami juga mampu buat kita tidur lena tapi pastikan ler en suami nyahkan bau yg x brp nk best d hidu t'lebih dahulu.Kalau ketiak bau mashammmm semacam mana nak lena tidur kita kannn,romantik2 jugak tapi kebersihan mesti di utamakan,kemesraan di dahulukan,ekekeke.. :P




Sekian,info tentang ketiak b'henti dulu setakat ni..sampai jumpa lg! daaaaaaaaa.. :D



PINJAM KETE

Alangkah bestnyer kalau dapat makan cempedak goreng + cendol pulut tapai di petang hari yang agak panas ni..boleh ler sejukkan tekak ni kannn.

(cempedak goreng)

(cendol pulut tapai)

Yummy! bestnyer..tapi persoalan yang b'main2 kat minda sekarang ni..
SIAPA NAK TOLONG G BELI EH?
Me? owhhhh...please lah..kena tukar baju dulu,make up sikit2,pastu nak cari tudung yang sesuai dengan baju pulak,mesti ambik masa 1 jam!!! lama gilerr kan? penampilan kena jaga walaupun hanya nak g beli goreng cempedak yang kedainyer hanya 5 minit je dari rumah. :P


Lagi satu..bila nak ke kedai,sangat2 ler malas nak jalan kaki..
(patut ler x kurus2 body liza ni kannn)
Ada sape2 yang nak kasi pinjam kete macam ni x?


Sape2 yang ada kete cam gini sila SMS kat no fon Liza sekarang jugak,nak pinjam kejapppp je nak bawak pegi beli goreng cempedak + cendol pulut tapai.

Sekian dari Puan Liza yang sangat2 pemalas lagi mengada,tima kaceh! :D

28 Januari 2012

PESANAN RINGKAS

Tadi g jalan2 dengan my lil princes & my en suami..mula2 tu pegi..



Lepas dah pusing2 satu TESCO kami pegi makan kat..



Lepas dah makan kenyang2 ku pujuk en suami pegi kat kedai kek untuk beli..



Ok,dah dapat apa yang teringin nak makan,dah kenyang,dah puas shopping + merayau2 kami anak beranak terus balik.Dah sampai kat rumah,kemas2 cket,mandi,solat n now kami dah nak..




Huh..penat gilerrrr! gud nite kawan2 semua n sorry kalau korang boring baca entry daku yang paling malas ni..gambar2 ni pun semua dapat tajaan dari EN GOOGLE,tq untuk EN GOOGLE,huk3x... :P

Takat ni dulu yer,OKBYE!

25 Januari 2012

NASI AYAM RM1.90

Korang penah makan x nasi ayam rege RM1.90..Liza ulang yer..satu ringgit sembilan puluh sen! Nasi ayam ni memang garenti sedap,sangat2 sedap..lauk pun ok,xdelah banyak macam nasi ayam rege 3-4 rengget tu tapi b'padanan ler dengan regenyer yang hanya RM1.90 tu.




Tapi..sorry sebab x sempat nak ambik pict sup,air lada & kicap dia sebab semua tu awal2 lg dah masukkan dalam mangkuk,hohoho.Apa macam..ok x? ok lah kannnn..RM1.90 je tuuuuuuu,kalau beli 3 bungkus baru RM5.70 tapi Liza biasa beli sebungkus je,tu pun dah kenyang + puas hati sgt2 sebab sedap.

Pada korang yang nak try nasi ayam ni pakat2 ler singgah kat ASTAKA NASI AYAM dekat lampu isyarat sebelum masuk ke bandar Jerteh,Terengganu.Ni bukan kedai Liza yer..bukan jugak kedai saudara mara Liza,hihihi.Just nak share dengan korang semua tempat nasi ayam yang paling best & murah.

Ok,selamat m'cuba yer..bye2! ^_^

24 Januari 2012

TAHUN NAGA

Tahun ni adalah tahun Naga dan tahun ni juga perayaan Chinese New Year d sambut dengan agak meriah sebab mereka cakap tahun Naga adalah tahun yang gilang gemilang dan penuh dengan kejayaan.Ramalan masyarakat Cina juga sangat2 positif bagi orang yang lahir pada tahun Naga..antara ramalannya..


* kehidupan akan b'tambah senang..
* perniagaan akan lebih maju..
* akan b'tambah kekayaan..
* akan m'curah2 rezeki..
* perniagaan akan b'kembang dengan pesat
* akan m'dapat tuah @ untung b'lipat kali ganda..

Ok,Liza juga lahir pada tahun Naga dan sebagai seorang pengurus kewangan pada syarikat suami sudah tentunyer hati ni b'bunga2 gembira bila dapat ramalan macam tu tapi Liza masih sedar bahawa itu hanya RAMALAN semata2,kita x blh percayakan ramalan..b'dosa nanti.

Sebagai manusia biasa memang happy bila dapat tahu ramalan yang baik2 tentang tahun kelahiran kita tapi..jangan kita lupa,yang m'ciptakan kita adalah ALLAH S.W.T jadi yang m'beri kita rezeki,kejayaan & kekayaan adalah dengan izin ALLAH.

Ada 4 perkara yang Liza selalu ingatkan pada diri sendiri jika b'depan dengan ramalan..

1. X kisah lah kita lahir pada tahun Naga ke,Kucing ke,Rimau ke,Landak ke..kalau kita duk t'bongkang kat rumah tanpa pegi cari keje,tanpa keje lebih masa @ keje kuat boleh ke kita akan berjaya?So,pada tahun apa kita lahir sekalipun kalau dah diri kita sendiri memang malas nak usaha keras untuk cari rezeki jangan harap kekayaan nak datang b'golek.

2.Bila ada yang meramalkan benda yang baik2 tentang kita jadikan itu sebagai pembakar semangat untuk kita terus b'usaha m'capai kejayaan..yakinkan diri kita bahawa jika kita lakukan semampu yang boleh insyaAllah kita pasti berjaya..katakan tidak pada p'kataan PUTUS ASA!

3.Nama pun RAMALAN..belum tentu betul,belum tentu tidak dan jika apa yang di ramalkan itu t'jadi pada kita ia hanya 1 kebetulan saja..percayalah pada ketentuan Allah,walau apa pun yang t'jadi pada diri @ hidup kita itu adalah rancangan dari ALLAH bukannya d sebabkan ramalan manusia.

4.Apa saja ramalan untuk diri kita,buruk @ baik..yakinlah bahawa segala kuasa hanya ada pada ALLAH,kalau ramalan itu mengatakan kerjaya kita akan merosot pada tahun ini @ kita akan gagal kita x perlu takut,risau @ sedih..jika ALLAH x m'gizinkan sesuatu terjadi pada kita maka ia x akan t'jadi dan jika ALLAH mahu m'beri sesuatu kepada kita maka tidak ada apa yang dapat m'halang kerana sesungguhnya ALLAH sangat mengetahui apa yang t'baik untuk setiap makhluk ciptaanNYA.

Jadi..siapa2 yang lahir pada tahun Naga t'masuklah Liza ni,x perlu rasa b'untung @ b'tuah dengan ramalan yang d nyatakan oleh masyarakat Cina,nak kaya..nak senang..nak berjaya kenalah usaha kuat,usaha lebih dan tahun ni semoga ALLAH kurniakan rezeki yang sangat2 banyak untuk Liza,suami,kluarga dan sahabat2 termasuk yang m'baca entry ni.. :D

23 Januari 2012

TENTANG FARAH LEE


Masa mula2 tahu berita tentang Ally Iskandar pilih seorang gadis yang bernama Farah Lee untuk di jadikan isteri,Liza t'tanya2..sape Farah Lee ni?bukan artis rasenyer sebab x penah dengar nama Farah Lee sebelum ni so Liza pun mulalah aktvt m'GOOGLE..n then jumpa pict ni..



Oooo,ni lah Farah Lee..memang cun habis n cute macam Ally jugak.Kat bawah ni ada sedikit info tentang Farah Lee..

* nama penuhnyer Nurfarahin Romli 
* baru b'umur 23 tahun
* pelajar malaysia yang kini belajar di korea
* asal dari Kampung Atas Tol, Kuala Terengganu. 
* dulu free hair but now dah b'tudung,sangat manis kan? :)
* ada blog sendiri..



Sekarang ni mereka dah pun sah b'gelar suami isteri..jom layan gambar nikah Ally & Farah..





Yang uniknyer tentang kisah cinta mereka..Ally & Farah x b'cinta sangat sebelum nikah dan kata mereka,cinta lepas nikah lebih indah..hihi,betul3x..itu Liza sokong 150%. Mereka juga akan lebih mengenali hati budi masing2 lepas nikah nanti,itu juga sesuatu yg sweet bagi Liza.Dan sejak nama Farah Lee ni di gembar gemburkan memang ramai yang tertarik dengan ciri2 muslimah yang ada pada Farah Lee,betul dia seorang yang cantik,manis,b'pelajaran,sopan dan kelihatan hampir sempurna tapi wahai pembaca wanita..sedarilah 1 perkara..

" Jika hati mula cemburukan tentang kelebihan wanita lain carilah dan lihatlah kelebihan yang ada pada diri sendiri.Mungkin kita x nampak kelebihan yg ada pada diri kita tapi percayalah setiap wanita ada kelebihan yang b'beza dan mungkin ada wanita lain di luar sana yang cemburu dengan diri kita yang kita sendiri pun x tahu apa kelebihan diri sendiri.Cemburu itu perlu untuk perbaiki diri kita ke arah yang lebih elok tapi cemburu itu biarlah b'pada2 agar tidak merubah diri kita yang original kepada plastik..dalam erti kata lain,x perlu b'pura2 @ cuba ubah diri kita untuk jd seperti orang lain kerana diri kita juga sangat special & unik.. :) "


GIRLS LANGUAGE

Hari ni cuti rayer cina ler..x tau nak gi mana,sangat boring! so di sebabkan x de idea nak gi mana2 Liza habiskan masa dengan kemas2 rumah,masak2,sembang2 dgn suami & layan karenah my lil princes yang sangat aktif..agak menyeronokkan tapi kadang2 bila hari cuti macam ni nak rasa sesuatu yang lain dari yang biasa duk buat,ermmm..en suami pun macam x de idea jugak,nak g makan2 rase macam x best je..nak kuar g shopping pun malas..so sudahnyer t'perap ajelah kat rumah.Tadi tengah duk m'GOOGLE kat tenet tetiba nampak 1 pict ni..sangat cute & comel,hihi.Liza rase nak print ler n then tampal kat dalam bilik tidur n tulis tajuk besar2...~UNTUK SUAMIKU YANG TERSAYANG..~

Nak tahu pict ape?hihi,jom tengok kat bawah ni.. ^_^



Sebenarnyer boleh je kan cakap terus dengan en suami,x payah tempal bagai tapi Liza rasa macam sweet je kalau tiap2 hari en suami baca..biar dia sentiasa ingat,ngeh3x...so korang tunggu ape lagi?jom lah print ayat2 cinta yang best n then tampal kat bilik korang,x perlu banyak..1 helai pun dah cukup tapi biarlah kata2 tu boleh m'beri kesan untuk diri kita & suami t'cinta.

17 Januari 2012

Resepi Satay /Satey Ayam Samuri

Tengak duk layan FB td tetiba teringin nak makan sate..urmmmm..sedapnyer sate ayam,nak pulak dapat makan dengan kuah kacang yang pekat tu,lg ler best kannnn.Kat bawah ni Liza ada bagi resepi untuk buat sate..tajaan khas dari encik GOOGLE,mekacih yer encik GOOGLE sebab tolong carikan resepi sate untuk Liza. :P

(ni gambar tajaan encik GOOGLE jugak)

Resepi Satay /Satey Ayam  Samuri

Berikut adalah sedikit resepi Sate/satay Ayam ala Haji Samuri Kajang, resepi ini di sediakan khas buat penggemar Satay/sate Samuri...


1 ekor ayam 2kg  (dipotong 12 ketul)
5 Batang serai (diblendkan hingga halus)
½ kilo bawang merah (diblendkan hingga halus)
200 gram halia (diblendkan hingga halus)
300 gram lengkuas (diblendkan hingga halus)
50 gram jintan manis (diblendkan hingga halus)
30 gram jintan putih (diblendkan hingga halus)
50 gram kunyit (diblendkan hingga halus)
1 cawan gula pasir
5 camca teh garam

Untuk kuah Satay Samuri
½ kilo kacang mentah (goreng dan tumbuk kasar)
7 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2 batang serai
1 stgh inci halia
5 tangkai cili kering
2 papan gula melaka
2 sudu asam jawa, diambil airnya.
Gula dan garam secukup rasa



Cara buat sate/satay Samuri

1. Ayam diperap tidak lebih dari 12 jam (lebih masukkan dalam peti ais) dengan bahan yang telah dinyatakan untuk Satay Ayam samuri 
2. Bakar Arang hingga Tiada kelihatan Api yang marak
3. Bakarkan  Satay Ayam samuri hingga Masak
4. Kipas diguna untuk kontrolkan haba
5. Kilatkan Ayam dengan Air Perapan dan Minyak dengan berus Serai bila perlu
6. Satay ayam samuri masak, bila luarannya mula kelihatan golden brown dan garing !!!
7. Hidangkan untuk makan begitu sahaja ataupun dengan nasi himpit


Cara membuat kuah

1. Hiris bawang merah, bawang putih, halia, serai, dan cili kering.. kemudian gorangkan semuanya dengan minyak.
2. Setelah agak garing, toskan gorengan tadi dan kisar halus.. (tambah sikit air semasa mengisar)
3. Setelah dikisar, masukkan air asam jawa, dan kacang tanah (yg telah digoreng dan ditumbuk kasar tadi.). Kacau rata kesemuanya.
4. Didihkan campuran tadi.
5. Masukkan gula melaka, garam dan gula secukup rasa.
6. Jika terlalu pekat, boleh lah ditambah sedikit air.
7. Kuah kacang hendaklah cukup manis untuk dimakan bersama nasi himpit dan satay ayam.
8. Apabila telah mendidih, tutup periuk dan kecilkan api. Tunggu sehingga minyak dari kacang tanah telah naik ke permukaan, sambil dikacau sekali sekala
Resepi Lain berkaitan




Kat atas tu Liza ada sertakan link utk ke blog tuan punyer resepi,hehe..saje je share sebab nampak menarik kannn tp sebenarnyer Liza malas nak masak sebab jap lagi nak p beli sate kat pasar malam,ngeh3x..beli RM10 cukup  ler untuk Liza sorang.Pssttt..sate RM10 tu Liza x mau share dgn en suami,nnt x cukup,ngeh3x..xdelah,mana boleh x share,x bestlah kannn makan sorang2 tp sate klu setakat RM10 x delah banyak sangat pun..sekarang ni sate dah naik rege tau,dah jd 80sen 1 cucuk..mmg mahai tahap badak air kannn tp xpelah,nak makan punyer pasal..beli jelah... :D